Madah Cinta Anna Abadi

Cinta
tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa
penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada
cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada
kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya
Cinta.


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu
lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu
pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis
yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."


Cinta sejati adalah ketika dia
mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada disisi kita.


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu
masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan

sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya
lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Perasaan
cinta
itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu
cintai,
cinta
itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah
dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin
men
cintai, walaupun mereka telah disakiti
sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang
tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata
cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang
selagi ada hayatnya.


Mungkin Tuhan menginginkan
kita bertemu dan bercinta dengan orang
yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.


Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan
kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.



Cinta

bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta
bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.

Cinta
bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan
mencintai seseorang
yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang
dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.


Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala
kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur
berkeping.

Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati
tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana
CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah
hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.



Kadangkala
kamu
tidak menghargai orang yang men
cintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna
sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan kerana
cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana
cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan
cair.
Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada
per
cintaan. Kesetiaan akan mengikat
cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan
cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika
cinta terus bersama.

Cinta
sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa
kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih
suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim
berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit
dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian,
dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap
seperti lautan madu - Raja Pedang
Deir

Hati-hati dengan
cinta,
kerana
cinta juga dapat membuat orang
sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika
cintanya itu disambut oleh para
pe
cinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang
kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja
kamu berada.


Tak usah sebut pasal
cinta jika
kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu.
Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu

Minat
bukan bermaksud
cinta,
bangga bukan bererti
cinta,
kagum juga bukan bermaksud
cinta,
dan suka juga tidak serasi dengan
cinta,
malah sayang pun bukan
cinta.
Tetapi,
cinta itu
adalah
cinta.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau

cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.


Cinta
kepada harta ertinya bakhil, cinta
kepada perempuan ertinya alam.
Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya
hidup dan
cinta
kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia
dalam ber
cinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan
pula seorang yang gagal dalam ber
cinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan
alam , tetapi tidak mempunyai perasaan
cinta
dan kasih,
dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang
pernah dialami

Siapapun pandai menghayati
cinta tapi tiada
siapa yg pandai menilai
cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya
cinta hanya
dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya
cinta !


Permulaan cinta adalah membiarkan
orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri,
dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu
hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.


Cinta
itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang
tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan
hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang
terpuji.~ Hamka


Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata
cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang
mendengarnya.


Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa
cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.


Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian, layulah bunga di taman dan rosaklah
cinta yang sejati.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua

tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya
dihatinya

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih
sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan
balasan. (Dale Carnagie)

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke
mulut tetapi
cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia
dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya
tidak berombak. Bukan
cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih
namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk
di
cintai juga memang
mudah. Tapi untuk di
cintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta itu membuatkan
kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang
yang bertuah.

Cinta
ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai

Andainya hadirnya cinta
sekadar untuk mengecewakan, lebih baik
cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan
fikiran.
Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya
cinta boleh jadi
racun jika tersalah tempat. Apa pun
cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut
demi membuktikan
cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.


Apa yang buta ialah
bila
cinta itu
menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan
diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat
cinta kerana ia tidak mengerti
perjalananan hati naluri.

Kejarlah cita-cita
sebelum
cinta,
apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya
cinta itu akan hadir

Di suatu hari kau datang dan
bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku
menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku
itu. Sesungguhnya kau adalah

cinta

dan nyawaku dalam hidup ini.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan
pergi bila ia menghampiri

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah
satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam.
Lantaran itu bajailah
cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar
dan wangi sepanjang musim.

Kecewa bercinta
bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu
yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu
melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Hanya diperlukan waktu seminit
untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk
mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu
seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Ada cinta

yang agung antara hamba dan Tuhannya
.
Cinta

kudus antara bonda dan anaknya. Ada
cinta

rafik yang setia. Ada

cinta
berahi antara kekasih
teruna dara. Ada
cinta
persaudaraan yang
tiada bandingnya. Ada
cinta

sesama makhluk yang begitu mulia dan
cinta

dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak
ada miskin kaya dalam catatan kamus
cinta. Justeru, cinta
dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.


Setiap orang punya rasa
cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai
cinta. Setiap orang pernah
ber
cinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia.

Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita. Keikhlasan dalam
bercinta bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya.

Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat

Ketika sebuah
cinta mengungkapkan suatu kejujuran, dia tidak akan berbohong. Tidak akan ada sebuah konspirasi untuk mendahulukan sebuah nafsu untuk memiliki. Tidak akan ada sebuah harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan. Tetapi hanya akan mendambakan untuk bisa mendapatkan kesempatan untuk memberikan sesuatu yang lebih berharga.

Cinta laki-laki seumpama gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya) rentan, ada waktu ia meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya.
Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.

Manusia tidak jatuh 'ke dalam'
cinta, dan tidak juga keluar 'dari
cinta'. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam
cinta

Cinta
yang wujud dalam sebuah tindakan agung : "Memaafkan".

Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci
dan dihindari ialah kepalsuan, bukan
cinta.

Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa
garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila
kau sudah mendapat
cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan
Yang Maha Agung.


“Aku mencintaimu”, sukarkah
untuk dilafazkan?


Tidak ada cinta
yang tidak cemburu -Pepatah Perancis


Sesuatu
per
cintaan yang
terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya
sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali
dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah
terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan
menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

Menerima
cinta dari seseorang
secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan
kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.

Usah diratapi perpisahan dan
kegagalan ber
cinta
kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau
dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama
hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?

Cinta
itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi
tertangkap ke dalamnya.

Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan
Cinta
. "Cinta adalah kasih sayang yang melimpah".
Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap
cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan
cinta.

Bercintalah dengan pelajaran,
bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan
berbulan madulah dengan kejayaan.

Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yg tidak mampu dijelaskan melalui untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.

Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi
penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga.
Cinta hanya sebuah keindahan
perasaan.
Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah
rumahtangga.

Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya
cinta
.Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.

Jangan pernah bermimpi tentang
cinta tanpa mampu memperjuangkannya.



Memberikan seluruh
cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan
dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan
balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak,
berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Berkasih
sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa
kasih sayang dan
cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah
SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi
anaknya.


Cinta ia tetap hadir,ia datang
bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.

Usah
gembira pada kelahiran
cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana
kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya
kekal abadi.

Pergaulan
dan
cinta
di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak
dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.

Cinta
adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya

Untuk
menyelami
cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita
-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti
cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal
cinta, kenallah
dahulu cita-cita.

Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur
gaul dengan penghinaan.

Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah,
romantika dan masih tetap menghargainya.

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta
yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka
selalunya cinta juga akan turut terbang.

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi
matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi
cinta itu ialah perkongsian
di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri
orang yang anda
cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati
kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri
kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai
kamu dengan sepenuh hatinya.



Hanya ada
satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun,
yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita
sendiri, iaitu rasa
cinta
dan kasih sayang pada segala yang bernyawa- Innayan Khan

Manusia merasa kesepian dari
cinta
kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya
jambatan kasih sayang.

0 comments:

Post a Comment

Followers

Powered by Blogger.